Bagaimana menjadi ahli?
Individu:
Anda boleh menjadi ahli dengan hadir dan mendaftar sebagai ahli di Pusat Induk Komuniti. Keahlian terbuka untuk semua warganegara Malaysia. Yuran Tahunan keahlian ialah RM30 seorang manakala bagi pelajar sekolah ialah RM15 setahun.
Persatuan / Pertubuhan:
Bagi anda yang mewakili pertubuhan atau persatuan, persatuan anda boleh menjadi ahli atau partner kami. Yuran tahunan bagi Partner ialah RM150.
Kelebihan menjadi ahli.
Jika anda telah mendaftar sebagai ahli atau Partner Pusat Induk Komuniti, anda akan sentiasa mendapat makluman - makluman yang berkaitan dengan kami seperti kelas atau kursus anjuran PIK, kemudahan dan apa sahaja yang berkaitan. Untuk menggunakan kemudahan di PIK, di bawah adalah jadual harga yang dikenakan kepada ahli dan bukan ahli.
Marilah menjadi ahli dan jadikan Pusat Induk Komuniti ini sebagai tempat anda merehatkan minda anda sambil menyumbang kepada komuniti!!