Thursday, 16 August 2012

Sukarelawan - Larian TC Kuantan 2012

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Untuk makluman semua, Larian TC Kuantan 2012 anjuran DIGI akan berlangsung pada 2 september 2012.

Pusat Induk Komuniti akan turut sama membantu di dalam penganjuran tersebut. Oleh yang demikian, kami (PIK) sedang mengumpul para sukarelawan yang mahu terlibat secara langsung dalam program yg berprestij berkenaan. Marilah bersama - sama dengan kami. Untuk menjadi sukarelawan PIK di hari program tersebut, bolehlah menghubungi kami dengan kadar segera. Bersama - sama kita mencari pengalaman baru.

Jangan lepaskan peluang ini.


--

Monday, 30 July 2012

Program Minggu Ini - Ehsan Ramadhan I


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Program memasak Bubur Lambuk & Berbuka Puasa di Rumah Anak - Anak Yatim.
Maklumat program seperti di bawah:
Tarikh : 4 Ogos 2012 (Sabtu)
Masa: 10.00 Pagi - 8.00 Malam
Tempat: Rumah Anak - Anak Yatim Maahad Tahfiz Muhammadi, Jalan Kuantan Bypass, Bukit Rangin, Kuantan.

Antara pengisian program:
- Memasak Bubur Lambuk.
- Gotong Royong Asrama
- Memasak Makanan untuk Berbuka Puasa.
- Aktiviti Sampingan.

Untuk makluman & perhatian semua, pihak PIK masih memerlukan sukarelawan untuk turut sama menyertai program ini. Sila hubungi kami di talian 09-5609210 jika anda berminat untuk menabur bakti dan budi di samping beribadah di bulan yang penuh berkat ini. Hanya perlu membawa diri dan kudrat anda. Makanan untuk berbuka puasa akan disediakan.

Marilah kita bersama - sama merealisasikan program ini. Semoga dengan penyertaan anda, hidup mereka menjadi lebih bermakna.

 Wassalam..~

Friday, 20 July 2012

Setinggi - Tinggi Penghargaan

Salam sejahtera,

Pada jam 12.00 tengah hari (20 Julai 2012) pihak Pusat Induk Komuniti telah menerima dua buah kotak yang dipenuhi dengan buku - buku terpakai yang masih boleh digunakan. Kiriman tersebut datangnya dari Puan Ruzita Baah dari subang jaya, Selangor.

Di dalam kiriman tersebut tidak diberikan secara terperinci maklumat berkenaan pengirim tersebut. Oleh yang demikian, pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi - tinggi penghargaan kepada Puan Ruzita atas kesudian mendermakan buku - buku tersebut. Semoga jasa baik Puan Ruzita & Keluarga di balas dengan seribu kebaikan.

Kepada anda yang ingin menderma, pihak kami sangat mengalu - alukan niat mulia anda semua. Sila hubungi kami untuk segala pertanyaan dan maklum balas.

Buku - buku yang telah diberikan.

Keratan slip dokumen penghantaran.

Terima Kasih

Sunday, 15 July 2012

Mari menderma di bulan Ramadhan.

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Program cuci kereta amal telah berjalan dengan baik sekali. Syukur alhamdulillah, pihak kami telah menerima sumbangan yang menggalakkan dari semua pihak yang terlibat.

Jika anda juga turut berminat untuk menderma kepada golongan yang memerlukan, pihak kami amat berbesar hati jika anda dapat memberi sedikit sumbangan tidak mengira bentuk sumbangan samada wang ringgit atau barang - barang keperluan dan menghantarkannya ke Pusat Induk Komuniti. Segala sumbangan ini, akan diserahkan kepada mereka yang memerlukan samada anak - anak yatim, golongan miskin dan pihak - pihak lain.


Berikan sumbangan anda... Sila hubungi 09-5609210 untuk keterangan lanjut.

Sumbangan anda amatlah diharapkan dan sudah pasti ianya akan memberi seribu makna buat mereka..~

Thursday, 12 July 2012

Cuci kereta amal

CUCI KERETA AMAL


Untuk makluman anda, segala hasil kutipan akan dikumpulkan dan digunakan untuk membuat dan mengedarkan bubur lambuk yang akan dirancang kelak. sumbangan bubur itu juga akan diberikan kepada orang - orang miskin serta golongan yang memerlukan.

Marilah kita beramal sempena menjelang bulan ramadhan yang penuh berkat ini.

Pihak kami juga memerlukan sukarelawan untuk turut serta mencuci kereta pada hari sabtu (14 Julai 2012). Sila berikan nama kepada pihak kami dengan segera. Hubungi 09-5609210 untuk keterangan lanjut.


Monday, 9 July 2012

Kelas & Latihan Kraf

Salam sejahtera, 


Untuk perhatian semua, kami di Pusat Induk Komuniti menawarkan kursus & kelas kraf untuk anda. Kini, anda mempunyai banyak pilihan untuk memenuhi masa lapang anda. Marilah mendaftar dan mulakan pembelajaran segera. Lihatlah contoh - contoh hasil kraftangan yang boleh dipelajari:















Daftarlah sekarang! Hubungi kami segera..~

Thursday, 5 July 2012

Permainan Minda & Tradisional

Salam sejahtera

Untuk makluman anda, kini di Pusat Induk Komuniti sudah terdapat permainan tradisional & permainan papan (Board Games). Anda boleh datang ke Pusat Induk Komuniti, bermain bersama rakan anda atau sesiapa sahaja.

Antara permainan yang terdapat di Pusat Induk Komuniti ialah:

SCRABBLE

Definisi permainan Scrabble:
Scrabble is a word game in which two to four players score points by forming words from individual lettered tiles on a gameboard marked with a 15-by-15 grid. The words are formed across and down in crossword fashion and must appear in a standard dictionary. - wikipedia.

Scrabble di PIK



MONOPOLY

Definisi permainan Monopoly:
Monopoly is a board game published by Parker Brothers. The game is named after the economic concept of monopoly, the domination of a market by a single entity. - wikipedia.

Boleh bermain secara berdua, bertiga atau berempat.



CONGKAK

Definisi permainan Congkak:
Congkak adalah sejenis permainan tradisional Melayu yang sering dimainkan sebagai aktiviti dalaman atau sebagai pertandingan. Lazimnya ia menggunakan papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah dan kebiasaannya buah congkak menggunakan biji getah atau guli. - wikipedia.

Congkak merupakan permainan warisan tradisional.

Kami juga di sini sangat mengalu - alukan jika anda berminat untuk berkongsi permainan yang anda miliki bersama komuniti. anda boleh menghantar kepada kami, dan kami akan kongsikan kepada pengunjung PIK. Anda masih boleh bermain dengan permainan tersebut disini. Tidak ada apa yang merugikan. Marilah kita bersama berkongsi bersama komuniti.


Jadi jangan lepaskan peluang anda.. 
Datanglah ke Pusat Induk Komuniti..~

Tuesday, 3 July 2012

Jadual Sukan Malaysia 2012



Bagi memberikan sokongan, marilah kita bersama - sama memberikan semangat kepada atlit sukma 2012.





Monday, 2 July 2012

YH Dato' Aripin Said di PIK

Salam sejahtera, 

Untuk makluman semua, kini sedang berlangsung sesi rakaman yang telah bermula dari hari ahad oleh penggiat seni tanah air YH Prof. Dato' Aripin Said.

Serba sedikit tentang YH Dato':


Dato’ Aripin Said dilahirkan pada 11 Disember 1948 di Kampung Batu Bor, Bera, Temerloh, Pahang Darul Makmur. Beliau mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Kebangsaan Bohor dan Sekolah Kebangsaan Kuala Bera. Selepas itu, beliau bersekolah pula di Sekolah Menengah Abu Bakar di Temerloh. Beliau kemudiannya memasuki Maktab Perguruan Kuantan.

Selepas tamat kursus perguruan beliau ditugaskan mengajar di beberapa buah sekolah di Terengganu dan Pahang. Dalam tahun 1976/1977 beliau mengikuti Kursus Penulisan Kreatif di Universiti Sains Malaysia dan kemudiannya kembali bertugas sebagai guru di beberapa buah sekolah di Pahang sehingga dilantik sebagai Guru Besar di sebuah sekolah di Triang, Pahang.

Pada tahun 1983-1986, beliau telah menyambung pelajarannya di Universiti Pertanian Malaysia (kini Universiti Putra Malaysia) dan mendapat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (B.Ed.) dalam disiplin Bahasa (Linguistik), Sastera dan Pendidikan. Selepas mendapat Ijazah pertamanya, beliau menyambung pelajarannya untuk mendapatkan Sarjana Sastera (M.A.) di Universiti Kebangsaan Malaysia dan Sarjana Pendidikan di Universiti Pertanian Malaysia (kini Universiti Putra Malaysia). Di samping beban tugas akademiknya beliau masih mampu bergiat cergas dalam sastera dan budaya. Beliau juga banyak membuat penyelidikan budaya tradisional di dalam dan luar negeri. Beliau juga tergolong dalam penulis prolifik yang banyak menghasilkan novel-novel dan antologi cerpen. Beliau telah menghasilkan lebih 20 buah novel, antologi cerpen, puisi dan cerita rakyat. Di antara hasil penulisan beliau ialah novel ‘Menungkah Gelombang’ (Pustaka Mastika 1989, KL), antologi  cerpen ‘Sebuah Warung di Tengah  Kota’ (Pustaka Mastika 1989, KL), antologi Cerita Rakyat ‘Awang Sabdu dan Tok Guru’, ‘Racik Raja Putera’, ‘Cerita Awang Miskin’, ‘Tukang Canai Batu Permata’ serta antologi puisi perseorangan beliau ‘Pemain Rebana’(Azam Publisher 1990, KL).

Selain bidang penulisan kreatif beliau juga bergiat cergas dalam pertubuhan-pertubuhan serta Persatuan-persatuan penulis. Di antaranya ialah:

Lembaga Pengarah Muzium Negeri Pahang
Ahli Persatuan Linguistik Malaysia
Aktivis GAPENA
Ahli Persatuan Sarjana Melayu Malaysia
Ahli Persatuan Sejarah Malaysia Caw. Pahang
Lembaga Pengarah Pusat Seni Pahang
Jawatankuasa Hal Ehwal Kebudayaan UPM dll.
 
Sebagai seorang penulis yang prolifik beliau pernah memenangi pelbagai pertandingan penulisan di dalam negeri anjuran beberapa badan seperti Dewan Bahasa dan Pustaka, Jabatan Perdana Menteri dan lain-lain. Dalam lapangan Sastera Rakyat, selain menulis cerita-cerita rakyat beliau juga satu-satunya penyanyi lagu-lagu rakyat yang banyak di undang membuat persembahan di dalam dan luar negeri. Lagu-lagu rakyat Pahang seperti ‘Indung-Indung dan Tebang Tebu’ merupakan antara lagu-lagu yang sering dinyanyikan beliau dalam persembahannya.

Tokoh Siri Dokumentasi Sastera Rakyat
25 Januari  1990
Arkib Negara Malaysia


YH Prof. Dato' Aripin Said di studio PIK



Wednesday, 27 June 2012

Zon Kreatif @ Pusat Induk Komuniti

Salam sejahtera,


Tahukah anda, dengan hanya 15 minit, anda mampu menghasilkan video album gambar anda. Dengan applikasi iPhoto dalam komputer Apple i-Mac, anda mampu menghasilkan sebuah video susunan gambar yang menarik perhatian. Terdapat beberapa bentuk tema yang boleh di tetapkan menggunakan applikasi ini.

Mari mencubanya sendiri di Pusat Induk Komuniti terdapat Zon Kreatif yang mempunyai 5 buah Apple I-Mac.  Saksikanlah contoh penghasilan video yang di buat dalam masa yang singkat. Anda pasti teruja...




Marilah datang ke Pusat Induk Komuniti dan hasilkan video anda!!

Monday, 25 June 2012

Terkini: Sesi Rakaman Suara Animasi

Assalamualaikum & Salam sejahtera,

Pada 25 Jun 2012 yang lepas, satu sesi rakaman suara untuk projek animasi telah diadakan. Kisah dongeng rakyat yang di animasikan ialah berkenaan asal - usul negeri Pahang & Kg Batu Sawar. Pihak Pusat Induk Komuniti telah bekerjasama dengan pihak Kolej PSDC bagi pelaksanaan projek berkenaan.

Sekiranya anda berminat, marilah menjadi ahli kami dan anda akan berpeluang menjadi seperti mereka.

Pelakon suara sedang berlatih dan menghayati watak.

Sesi perbincangan

Para pelakon suara sebelum memulakan rakaman.

Sesi rakaman: Watak siapakah mereka ini?? 

sedang menghayati watak dan hasil kerja.

Serasi bersama.

Pelakon dan juru teknik

Nantikan kemunculan mereka.

Bagaimana? Mahu menyertai kami?? jangan lepaskan peluang, datang beramai - ramai dan menjadi ahli kami.

Kami sentiasa disini..~

Tuesday, 15 May 2012

Program Sahabat Orang Muda

Tahniah dan syabas kami ucapkan buat Majlis Belia Daerah Kuantan di atas kejayaan menganjurkan Karnival Sahabat Orang Muda di Pusat Induk Komuniti Pahang & Kompleks Belia Kuantan. bertarikh 12 & 13 Mei 2012 hampir 500 belia hadir di program tersebut. Banyak pengisian program yang berguna untuk para pengunjung. Kami di Pusat Induk Komuniti juga tidak terlepas mengambil peluang dan telah menganjurkan Explorace di sekitar kawasan PIK. Kami juga telah membawa Petrosains Playsmart kepada para pengunjung yang di pamerkan di tingkat 1, Pusat Induk Komuniti.

Berikut adalah sebahagian gambar - gambar program:

Konvoi basikal Fixie

Peserta pertandingan karaoke bintang RTM

Malam santai belia sambil menyaksikan Big Screen bola sepak.

Salah seorang pemenang cabutan bertuah.

Ahli - ahli basikal fixie berkumpul di hadapan PIK

Untuk melihat koleksi gambar yang lain sila lihat di laman FB kami atau klik di sini

Saturday, 12 May 2012

Derma Buku Anda

Anda ada banyak buku yang sudah dibaca?? Tidak tahu di mana lagi nak di simpan? Nak kemaskan rumah anda?? Jangan anda fikir untuk buang buku anda!! Mari dermakan buku anda di Pusat Induk Komuniti (PIK).



Informasi:

Buku – buku yang di dermakan akan di jadikan bahan bacaan di Pusat induk Komuniti Pahang (PIK). Sekiranya buku anda dirasakan tidak sesuai, kami masih mahukan buku anda dan kami akan berikan kepada pusat – pusat yang memerlukan seperti rumah anak – anak yatim dan sebagainya.

Mari menderma, selain dapat berkongsi anda juga mendapat pahala.. Jika terasa nak baca semula buku anda, boleh datang ke PIK. Mudah bukan?? Tunggu apa lagi.. mari sekarang!! Dermalah untuk kegunaan bersama. Kongsikan ilmu anda.. Kongsikan buku anda.

Wednesday, 11 April 2012

Sukarelawan

Kami mencari anda.. Ya!! Anda!! Mari mendaftar sebagai sukarelawan kami.



Kami telah membahagikan kelompok sukarela kepada 2 bahagian iaitu Sukarelawan Am (sukarelawan berdasarkan permintaan/aktiviti semasa) DAN juga Sukarelawan Khas (berdasarkan pengalaman/kebolehan sukarelawan) MAKSUDNYA, anda berpengalaman atau tidak, kami tetap akan terima. Kami akan mengklasifikasikan pendaftaran anda. Jadi MOH, daftarlah sebagai sukarelawan….

Buat masa ini masih belum ada sistem pendaftaran online. Kami memohon jasa mulia anda untuk datang melihat persekitaran Pusat Induk Komuniti (PIK) dan mendaftar sebagai ahli & sukarelawan.

Sumbangkan tenaga anda. Sumbangkan idea anda. Sumbangkan masa anda. Khas untuk memajukan masyarakat dan komuniti.

MARI! MARI! MARI!

Tuesday, 10 April 2012

Program Seni Gabung

Program Gabung Art anjuran Kolej Cosmopoint Kuantan telah di adakan pada 7 & 8 April 2012. Program telahn di rasmikan oleh YB Dato' Hj Shafik Fauzan, Exco Kerajaan Negeri Pahang. Program telah di jalankan di Pusat Induk Komuniti dan dataran MSC.

Setinggi - tinggi tahniah buat Kolej Cosmopoint yang telah berjaya menganjurkan program tersebut. Pihak Pusat Induk Komuniti mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian bekerjasama dengan pihak kami dan memilih tempat kami untuk melaksanakan program tersebut.





Sila lawati facebook kami & like.
Facebook: Pusat Induk Komuniti Pahang

Monday, 2 April 2012

Kini Di Buka.

Bermula 2 April 2012, Pusat Induk Komuniti akan mula di buka untuk orang ramai. Datanglah beramai – ramai untuk melawat dan merehatkan minda anda sambil membaca & melayari internet.

Antara kemudahan yang ada di PIK ini ialah ruang bacaan, WIFI, Komputer, I-Mac, dan macam – macam lagi.

Sekiranya anda mempunyai masa lapang dan tidak tahu nak pergi kemana, datanglah ke PIK. Jangan membuang masa anda dengan perkara yang tidak berfaedah