Thursday 16 August 2012

Sukarelawan - Larian TC Kuantan 2012

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Untuk makluman semua, Larian TC Kuantan 2012 anjuran DIGI akan berlangsung pada 2 september 2012.

Pusat Induk Komuniti akan turut sama membantu di dalam penganjuran tersebut. Oleh yang demikian, kami (PIK) sedang mengumpul para sukarelawan yang mahu terlibat secara langsung dalam program yg berprestij berkenaan. Marilah bersama - sama dengan kami. Untuk menjadi sukarelawan PIK di hari program tersebut, bolehlah menghubungi kami dengan kadar segera. Bersama - sama kita mencari pengalaman baru.

Jangan lepaskan peluang ini.


--

Monday 30 July 2012

Program Minggu Ini - Ehsan Ramadhan I


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Program memasak Bubur Lambuk & Berbuka Puasa di Rumah Anak - Anak Yatim.
Maklumat program seperti di bawah:
Tarikh : 4 Ogos 2012 (Sabtu)
Masa: 10.00 Pagi - 8.00 Malam
Tempat: Rumah Anak - Anak Yatim Maahad Tahfiz Muhammadi, Jalan Kuantan Bypass, Bukit Rangin, Kuantan.

Antara pengisian program:
- Memasak Bubur Lambuk.
- Gotong Royong Asrama
- Memasak Makanan untuk Berbuka Puasa.
- Aktiviti Sampingan.

Untuk makluman & perhatian semua, pihak PIK masih memerlukan sukarelawan untuk turut sama menyertai program ini. Sila hubungi kami di talian 09-5609210 jika anda berminat untuk menabur bakti dan budi di samping beribadah di bulan yang penuh berkat ini. Hanya perlu membawa diri dan kudrat anda. Makanan untuk berbuka puasa akan disediakan.

Marilah kita bersama - sama merealisasikan program ini. Semoga dengan penyertaan anda, hidup mereka menjadi lebih bermakna.

 Wassalam..~

Friday 20 July 2012

Setinggi - Tinggi Penghargaan

Salam sejahtera,

Pada jam 12.00 tengah hari (20 Julai 2012) pihak Pusat Induk Komuniti telah menerima dua buah kotak yang dipenuhi dengan buku - buku terpakai yang masih boleh digunakan. Kiriman tersebut datangnya dari Puan Ruzita Baah dari subang jaya, Selangor.

Di dalam kiriman tersebut tidak diberikan secara terperinci maklumat berkenaan pengirim tersebut. Oleh yang demikian, pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi - tinggi penghargaan kepada Puan Ruzita atas kesudian mendermakan buku - buku tersebut. Semoga jasa baik Puan Ruzita & Keluarga di balas dengan seribu kebaikan.

Kepada anda yang ingin menderma, pihak kami sangat mengalu - alukan niat mulia anda semua. Sila hubungi kami untuk segala pertanyaan dan maklum balas.

Buku - buku yang telah diberikan.

Keratan slip dokumen penghantaran.

Terima Kasih

Sunday 15 July 2012

Mari menderma di bulan Ramadhan.

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Program cuci kereta amal telah berjalan dengan baik sekali. Syukur alhamdulillah, pihak kami telah menerima sumbangan yang menggalakkan dari semua pihak yang terlibat.

Jika anda juga turut berminat untuk menderma kepada golongan yang memerlukan, pihak kami amat berbesar hati jika anda dapat memberi sedikit sumbangan tidak mengira bentuk sumbangan samada wang ringgit atau barang - barang keperluan dan menghantarkannya ke Pusat Induk Komuniti. Segala sumbangan ini, akan diserahkan kepada mereka yang memerlukan samada anak - anak yatim, golongan miskin dan pihak - pihak lain.


Berikan sumbangan anda... Sila hubungi 09-5609210 untuk keterangan lanjut.

Sumbangan anda amatlah diharapkan dan sudah pasti ianya akan memberi seribu makna buat mereka..~

Thursday 12 July 2012

Cuci kereta amal

CUCI KERETA AMAL


Untuk makluman anda, segala hasil kutipan akan dikumpulkan dan digunakan untuk membuat dan mengedarkan bubur lambuk yang akan dirancang kelak. sumbangan bubur itu juga akan diberikan kepada orang - orang miskin serta golongan yang memerlukan.

Marilah kita beramal sempena menjelang bulan ramadhan yang penuh berkat ini.

Pihak kami juga memerlukan sukarelawan untuk turut serta mencuci kereta pada hari sabtu (14 Julai 2012). Sila berikan nama kepada pihak kami dengan segera. Hubungi 09-5609210 untuk keterangan lanjut.